mcmc
Maklumat PEDi

Maklumat Pusat Internet

 

SELAMAT DATANG 

 

Pusat Internet Permas,Pontian,Johor mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Internet ini  merupakan program usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan TM Bhd yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat.

Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 36 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pusat Internet sebagai lokasi untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pusat Internet 1Malaysia diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet 1Malaysia sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

 
– e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
– e-Pembelajaran (e-Learning)
– Pengumpulan dan pertukaran maklumat
– Pusat Komunikasi
– Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
– Pusat peperiksaan dan persijilan