Kempen Internet Selamat: Pertandingan Mencipta E-Poster NADI
| Tarikh | Tempat | Peserta |
|---|---|---|
| 1 – 30 November 2025 | NADI Bandar Permas | 10 orang pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah |
Tujuan
| 1 | Meningkatkan kesedaran kanak-kanak dan remaja mengenai isu keselamatan digital. |
| 2 | Memberi pendedahan tentang bahaya buli siber dan penipuan cinta. |
| 3 | Menggalakkan kreativiti melalui penghasilan e-poster bertema keselamatan internet. |
| 4 | Memupuk penggunaan media sosial secara bertanggungjawab. |
Aktiviti
| 1 | Mempelajari dan memahami tema keselamatan digital mengikut kategori umur: 7–12 tahun: Buli Siber 13–17 tahun: Penipuan Cinta |
| 2 | Mengumpul maklumat, fakta dan mesej penting berkaitan tema. |
| 3 | Mereka bentuk e-poster menggunakan aplikasi grafik pilihan (Canva, dll.). |
| 4 | Menyusun elemen grafik seperti teks, ikon, ilustrasi dan warna mengikut kreativiti. |
| 5 | Menyiapkan e-poster dalam format digital dan menghantar hasil akhir mengikut tempoh ditetapkan. |
Manfaat Program
| 1 | Meningkatkan kesedaran peserta mengenai keselamatan digital dan risiko dalam talian. |
| 2 | Meningkatkan kemahiran teknologi seperti penyuntingan grafik dan penggunaan aplikasi digital. |
| 3 | Melatih pelajar berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyampaikan mesej keselamatan internet. |
| 4 | Membantu peserta memahami cara melindungi diri dan rakan-rakan daripada buli siber dan penipuan cinta. |
| 5 | Membina keyakinan peserta dalam menghasilkan karya digital yang bermakna untuk komuniti. |
***
Kempen Internet Selamat (KIS) Bersama Sekolah Kebangsaan
| Tarikh | Masa | Tempat | Peserta |
|---|---|---|---|
| 14 November 2025 | 8.00 – 10.00 pagi | SK. Telok Kerang | 58 orang murid tahap 2 |
⌨ Ringkasan Laporan
NADI Kluster Pontian (Bandar Permas) telah berjaya melaksanakan Kempen Internet Selamat bersama Sekolah Kebangsaan Telok Kerang.
Sekolah terlibat :
- Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu
- Sekolah Kebangsaan Permas Kelapa
- Sekolah Kebangsaan Sungai Durian
- Sekolah Kebangsaan Penerok
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chiao
- Sekolah Kebangsaan Telok Kerang
- Sekolah Kebangsaan Rambah
Pendekatan seumpama ini merupakan langkah yang dilaksanakan oleh MCMC Negeri Johor dengan bantuan NADI bagi memperluas sebaran dan hebahan Kempen Internet Selamat ini ke seluruh sekolah di negeri Johor.
Dengan kerjasama erat yang dijalin bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan PPD setempat diharap lebih banyak sekolah-sekolah yang akan diterokai dengan pengisian Kempen Internet Selamat.
🖨Hasil Program:
Secara keseluruhan, pelajar kini lebih peka bahawa media sosial bukan sekadar ruang hiburan, tetapi satu persekitaran yang menuntut disiplin, nilai, dan penggunaan yang berhemah. Pendedahan awal ini diharap dapat membina asas kukuh dalam membentuk generasi pengguna media digital yang bertanggungjawab dan beretika.