Cybersecurity: Bahaya Serangan Malware
| Tarikh | Tempat | Peserta |
|---|---|---|
| 5 Mac 2026 | NADI Bandar Permas | 2 orang murid sekolah rendah |
Tujuan
| 1 | Memberi pendedahan kepada peserta mengenai maksud dan jenis-jenis serangan malware seperti virus, trojan, ransomware dan spyware. |
| 2 | Meningkatkan kesedaran tentang risiko keselamatan siber yang boleh menjejaskan komputer, telefon pintar serta data peribadi. |
| 3 | Membantu peserta memahami cara mengenal pasti tanda-tanda serangan malware pada peranti mereka. |
Aktiviti
| 1 | Sesi Penerangan Webinar Penceramah akan menerangkan konsep malware, jenis-jenis serangan dan bagaimana ia boleh menjangkiti peranti pengguna. |
| 2 | Perkongsian Kes Sebenar Penceramah akan berkongsi contoh kes serangan malware yang pernah berlaku serta kesannya kepada individu atau organisasi. |
| 3 | Demonstrasi Keselamatan Siber Tunjuk cara mengenal pasti fail mencurigakan, pautan berbahaya dan langkah asas melindungi komputer daripada malware. |
Manfaat Program
| 1 | Peserta memperoleh pengetahuan asas tentang keselamatan siber dan ancaman malware. |
| 2 | Peserta dapat mengenali jenis-jenis malware serta kesan yang boleh berlaku kepada sistem komputer dan data peribadi. |
| 3 | Peserta mengetahui langkah-langkah keselamatan seperti penggunaan antivirus, kata laluan yang kuat dan kemas kini sistem. |
Bazar Raya Nadi
| Tarikh | Tempat | Peserta |
|---|---|---|
| 14 Mac 2026 | NADI Bandar Permas | Terbuka |
Tujuan
| 1 | Mengeratkan hubungan antara komuniti setempat melalui aktiviti bersama. |
| 2 | Memberi peluang kepada usahawan kecil menjual produk dan menambah pendapatan. |
| 3 | Menghidupkan suasana sambutan Hari Raya dalam komuniti. |
| 4 | Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam program yang dianjurkan oleh NADI. |
Manfaat
| 1 | Membantu mempromosikan produk tempatan seperti kuih raya, kerepek dan makanan. |
| 2 | Mewujudkan peluang perniagaan kepada penduduk setempat. |
| 3 | Menggalakkan aktiviti sosial yang sihat melalui pertandingan seperti mewarna, teka silang kata dan karaoke lagu raya. |
| 4 | Menguatkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan komuniti. |
Aktiviti
| 1 | Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Aktiviti untuk kanak-kanak dengan tema Hari Raya. |
| 2 | Teka Silang Kata Raya Kuiz atau teka silang kata berkaitan Hari Raya dan pengetahuan am. |
| 3 | Karaoke Lagu Raya Peserta menyanyikan lagu-lagu raya untuk memeriahkan suasana. |
| 4 | Jualan Produk Raya Gerai jualan seperti kuih raya, kerepek, pes masakan, minuman dan makanan. |