Kampung Permas Besar Telah Dibuka Dan Diduduki Sejak Tahun 1850an Lagi. Berdasarkan Cerita Orang Tua-tua Yang Telah Menetap Disini Sejak Awal Lagi, Mengatakan Kamgpung Ini Awal Nya Kawasan Yang Dipenuhi Pokok-pokok Sagu Dan Juga Pokok-pokok Paya Air Masin. Awal Tahun 1900an Kampung Ini Mula Diterokai Oleh Penduduk-penduduk Yang Mewarisi Dari Generasi Awal Dimana Tanah-tanah Muda Diusahakan Dengan Tanaman Kelapa Dan Dusun Buah-buahan.
kampung Permas Besar Merupakan Salah Sebuah Kampung Dari Rangkaian 6 Buah Kampung Yang Terdapat Didalam Kaw.3 Mukim Ayer Masin. Pentadbiran Awal Yang Tersusun Pernah Diketuai Oleh Seorang Ketua Kg Tuan Haji Muhammad Yusof Bin Ahmad. Pada Hari Ini Kampung Ini Dibawah Pentadbiran Ketua Kampung Iaitu En Baharudin Bin Yusof Yang Dibantu Oleh Ahli Jawatankuasa Kampung Kaw.3, Mukim Ayer Masin Ini Serta Diketuai Oleh Seorang Penghulu Iaitu En Omar Bin Pardi.
menurut Cerita Oleh Orang Yang Sudah Lama Tinggal Dikampung Ini Nama “permas Besar” Diperoleh Kerana Di Sekitar Kampung Ini Ada Beberapa Buah Kampung Yang Lain Turut Menggunakan Nama “permas”. Contohnya Kampung Permas Kelapa, Kampung Permas Kecil, Kampung Permas Hulu Dan Bandar Permas. Oleh Kerana Itulah Orang-orang Tua Yang Mula Menerokai Kampung Ini Menamakan Kampung, Kampung Permas Besar Sempena Kampung-kampung Permas Yang Ada Disekitarnya .
permulaan Pembangunan Kampung Ini Bermula Apabila Perlaksanaan Rancangan Johor Barat Pada Tahun 1976. Dalam Rancangan Malaysia Ke-3 Yang Mana Sektor Pertanian Menjadi Tumpuan. Pelbagai Tanaman Pertanian Diperkenalkan Serta Juga Khidmat Nasihat Dan Tunjuk Ajar Telah Diberikan Oleh Agensi Berkaitan. Justeru Itu Kampung Ini Mula Mengorak Langkah Untuk Memantapkan Lagi Ekonomi Penduduknya Agar Lebih Baik Dari Sebelumnya.
sebelum Rancangan Johor Barat Dilaksanakan Kampung Permas Besar Hanya Mempunyai Sebuah Jalan Utama Sahaja, Iaitu Jalan Tanah Merah Yang Merentasi Sungai Air Masin Menuju Ke Jalan Raya Utama Ke Pekan Bandar Permas. Para Penduduk Pada Masa Ini Kebanyakkannya Bekerja Sebagai Nelayan. Keadaan Hidup Pada Masa Itu Amatlah Susah Kerana Tiada Bekalan Air Dan Elektrik Yang Sempurna. Air Perigi Dan Pelita Serta Kayu Api Adalah Sumber Asas Dalam Menjalani Kehidupan Seharian.
namun Begitu Setelah Rancangan Johor Barat Dilaksanakan Kampung Ini Mula Menampakkan Kemajuan Dari Segi Infrastruktur Dan Kemudahan Asas Yang Lain. Pada Hari Ini Kampung Permas Besar Semakin Maju Dan Setanding Dengan Mana-mana Kampung Yang Telah Berjaya Di Mukim Ayer Masin Khasnya Dan Di Daerah Pontian Amnya