
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pengguna muda untuk lebih pantas menggunakan keyboard untuk menaip sesuatu. Perisian ini akan mengajar pengguna untuk belajar dari bawah bagaimana menggunakan keyboard dengan betul sehingga dapat membuat sebuah karangan yang mudah dengan pantas. Ia akan memudahkan mereka untuk membuat kerja untuk masa akan datang.
Aktiviti
Pelajar diberi tunjuk ajar menggunakan papan kekunci dengan betul dan pantas. Mereka akan menaip beberapa huruf dan juga perkataan yang pada awalnya mudah dan ia akan menjadi semakin panjgan dan rumit. Selain itu, Dashboard Komuniti dan Keselamatan Internet juga diselitkan dalam kelas ini.
