mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN PI – Produk Makanan

 

Latar belakang

Puan Khaleeda Khalid merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang baru sahaja menimang cahaya mata. Beliau telah mengambil keputusan untuk menggunakan peluang untuk membuat satu perniagaan dengan produk yang sedang laris diparasan dalam kalangan ibu muda yang minat dalam masakan. Beliau telah meniagakan satu produk makanan dari Thailand dan menyelitkan beberapa produk makanan kering dari dalam Negara juga. Dengan wujudnya Pusat Internet Permas ini, petugas Pusat Internet banyak membantu saya dalam proses untuk membuat promosi yang lebih meluas dalam jalur lebar. Dengan bimbingan serta tunjuk ajar petugas Pusat Internet segalanya menjadi lebih mudah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penggunaan Pusat Internet, perniagaan ini agak susah mendapat pelanggan kerana pengiklanan yang tidak meluas dan tidak ramai yang tahu kerana kedudukan dan sosialiti komuniti disini kurang memberansangkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah menghadiri kelas yang di sediakan , perniagaan ini mendapat sambutan pelanggan di sekeliling kampung dan juga tempahan dari luar kawasan Kukup.