BELAJAR MENAIP, INTERNET DAN MENCETAK
Nama : Mohd Firdaus bin Ali
Umur : 13 tahun
Ahli : 17.03.2016
Latar Belakang
Mohd Firdaus adalah pelajar tingkatan 1 SMK Sri Kukup. Dikenali oleh rakan dengan panggilan Daus. Dia merupakan seorang pengguna Pusat Internet yang sangat aktif. Dia sering datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Permassejak dari darjah 5 lagi. Pada mulanya dia datang untuk bermain permainan computer (computer game) tetapi Pusat Internet tidak memasang sebarang permainan computer. Petugas pusat internet 1 Malaysia memaklumkan kepadanya hanya sebahagian game di facebook sahaja dibenarkan. Oleh kerana tidak mempunyai akaun facebook dia disarankan untuk memasuki kelas asas internet. Dia kemudianya mengikuti kelas itu bersama rakan lain belajar tentang cara membuat akaun email sebelum membuka akaun facebook. Setelah mengikuti kelas tersebut Daus dan juga rakannya terus berminat mendaftar sebagai ahli dan terus mengikuti kelas kelas lain.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan khidmat jalur lebar di PI Permas ini, daus seorang budak yang hanya menggunakan telefon bimbit dan komputer untuk bermain permainan video sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Daus yang dulunya hanya menggunakan komputer untuk bermain game kini mahir dalam tugasan menggunakan Microsoft Word dan juga Power Point. Selain dari itu dia juga mampu untuk mengajar rakan-rakanya yang lain tentang asas komputer dan juga asas internet seperti membuka akaun email dan juga facebook.Secara tidak langsung Daus juga mempromosi PI kepada rakan-rakanya yang lain untuk datang belajar di Pusat Internet..