mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Q1 2020 – Muhammad Thaqif Bin Abdullah

NAMA : Muhammad Thaqif Bin Abdullah

 

UMUR : 15

 

Latar belakang

Beliau adalah seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup yang akan mengambil peperiksaan PT3 pada tahun ini. Beliau kerap hadir ke Pusat Internet Permas untuk membuat kerja sekolah dan melayari internet. Beliau juga selalu menyertai pertandingan yang disediakan. Beliau tidak malu untuk bertanya dan kerap mendapatkan bantuan dari staff yang bertugas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum dia mendekati ICT dengan lebih dekat, beliau seorang yang pemalu dan takut untuk mencuba sesuatu berkaitan IT. Beliau hanya melihat dari jauh dan hanya melihat kawan-kawan sahaja yang bermain. Lama kelamaan, beliau telah mahir menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas dan tunjuk ajar dari petugas PI, beliau kini telah mula mahir dalam mengendalikan komputer dengan betul dan beliau juga boleh mengajar kepada kawan-kawan tentang apa yang telah dipelajarinya di sini.