|
NAMA : ADAM DANIEL NORAIMAN
UMUR : 13 |
Latar belakang
Beliau adalah seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup yang kerap datang untuk menggunakan internet di PI. Beliau kerap masuk di dalam kelas yang diadakan dan semakin fasih menggunakan komputer. Beliau tidak malu untuk bertanya dan kerap mendapatkan bantuan dari staff yang bertugas. Sepanjang wabak Covid-19, beliau tetap berani hadir dan kerap menggunakan perkhidmatan di PI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum dia mendekati ICT dengan lebih dekat, beliau seorang yang pemalu dan takut untuk mencuba sesuatu berkaitan IT. Beliau hanya melihat dari jauh dan hanya melihat kawan-kawan sahaja yang bermain. Lama kelamaan, beliau telah mahir menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas dan tunjuk ajar dari petugas PI, beliau kini telah mula mahir dalam mengendalikan komputer dengan betul dan beliau juga boleh mengajar kepada kawan-kawan tentang apa yang telah dipelajarinya di sini.


