Latar belakang
Zulhairi adalah seorang pelajar lepasan SPM yang tidak dapat meneruskan pelajaran disebabkan masalah peribadi. Dia merupakan seorang pengguna Pusat Internet yang sangat aktif. Dia sering datang ke Pusat Internet Permas sejak dari awal tahun 2017 kerana ingin mendapatkan perkhidmatan wifi percuma sahaja. Beliau mula tertarik untuk belajar mengenai ICT kerana mula menunjukkan minat kerap bertanya mengenai internet. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh beliau telah dapat diselesaikan dengan bantuan staf di sini. Dia kemudianya mengikuti beberapa kelas yang dibuat oleh Pusat Internet. Setelah mengikuti kelas tersebut Zulhairi dan juga rakannya terus berminat mendaftar sebagai ahli dan terus mengikuti kelas kelas lain.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau dulunya hanya menggunakan komputer untuk bermain game kini mahir dalam tugasan menggunakan Microsoft Word dan juga platform Google Mail. Selain dari itu dia juga mampu untuk mengajar rakan-rakanya yang lain tentang asas komputer dan juga asas internet seperti membuka akaun email dan juga facebook.Secara tidak langsung Zulhairi juga mempromosi Pusat Internet kepada rakan-rakanya yang lain untuk datang belajar di Pusat Internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau kini lebih berpengatahuan menggunakan teknologi sama ada dari peratalan mahupun laman sesawang. Beliau menggunakan teknologi ICT lebih yakin dan bertauliah.
