USAHAWAN MAKANAN KERING – KEREPEK PISANG
Nama : Sharifah Khaisha
Umur : 28
Ahli : 15.08.2018
Latar Belakang
Pn Sharifah adalah seorang anak tunggal yang telah mewarisi resepi dan perniagaan keluarganya dari turun temurun. Beliau telah mengambil keputusan untuk bekerja sendiri dengan meneruskan perusahaan kerepek pisang keluarganya tanpa ada desakan pihak yang lain. Pelbagai dugaan datang dan akhirnya perniagaan ini telah berjaya mendapat pasaran dan kerap mendapat tempahan dari dalam mahupun luar kawasan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan khidmat jalur lebar ini, perniagaan ini susah mendapat pelanggan kerana peiklanan yang hanya menggunakan medium kertas dan telefon kenalan rapat sahaja. Orang luar kawasan tidak ramai yang tahu akan kewujudan perniagaan ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengetahui tentang kelebihan jalur lebar ini, beliau telah menggunakan PI sebagai medium untuk membuat poster produk yang lebih menarik dan menggunakan laman sosial untuk melebarkan sayap promosi produknya