mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti – Jun 2025

NADI X KESEDARAN: Lindungi Data Peribadi

TarikhMasaTempatPeserta
11 Jun 202511.00 pagi – 12.30 tangah hariSK. Penerok, Pontian166 orang murid
5 orang guru

Tujuan

1Meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah rendah mengenai pentingnya melindungi data peribadi dalam dunia digital.
2Memberi pendedahan awal tentang ancaman keselamatan siber dan kepentingan amalan privasi yang selamat.
3Menanam nilai tanggungjawab digital dalam kalangan generasi muda.

Aktiviti

1Sesi Taklimat Interaktif:
Pengenalan kepada konsep data peribadi.
Contoh tabiat privasi yang buruk dan bahayanya.
Jenis-jenis data peribadi yang perlu dilindungi.
Kesan jika tidak menjaga maklumat peribadi.
Langkah-langkah mudah untuk melindungi data peribadi.
2Kuiz Keselamatan Siber
Menguji kefahaman pelajar tentang apa yang telah dipelajari secara santai dan menyeronokkan.

Manfaat Program

1Pelajar lebih faham apa itu data peribadi dan kenapa ia perlu dijaga.
2Menyedarkan murid tentang risiko dalam penggunaan internet tanpa kawalan.
3Menggalakkan amalan selamat ketika melayari internet sejak dari usia muda.
4Memupuk sikap bertanggungjawab dan beretika dalam dunia digital.

Gambar di sini