mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti – November 2025

Kempen Internet Selamat: Pertandingan Mencipta E-Poster NADI

TarikhTempatPeserta
1 – 30 November 2025NADI Bandar Permas10 orang pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah

Tujuan

1Meningkatkan kesedaran kanak-kanak dan remaja mengenai isu keselamatan digital.
2Memberi pendedahan tentang bahaya buli siber dan penipuan cinta.
3Menggalakkan kreativiti melalui penghasilan e-poster bertema keselamatan internet.
4Memupuk penggunaan media sosial secara bertanggungjawab.

Aktiviti

1Mempelajari dan memahami tema keselamatan digital mengikut kategori umur:
7–12 tahun: Buli Siber
13–17 tahun: Penipuan Cinta
2Mengumpul maklumat, fakta dan mesej penting berkaitan tema.
3Mereka bentuk e-poster menggunakan aplikasi grafik pilihan (Canva, dll.).
4Menyusun elemen grafik seperti teks, ikon, ilustrasi dan warna mengikut kreativiti.
5Menyiapkan e-poster dalam format digital dan menghantar hasil akhir mengikut tempoh ditetapkan.

Manfaat Program

1Meningkatkan kesedaran peserta mengenai keselamatan digital dan risiko dalam talian.
2Meningkatkan kemahiran teknologi seperti penyuntingan grafik dan penggunaan aplikasi digital.
3Melatih pelajar berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyampaikan mesej keselamatan internet.
4Membantu peserta memahami cara melindungi diri dan rakan-rakan daripada buli siber dan penipuan cinta.
5Membina keyakinan peserta dalam menghasilkan karya digital yang bermakna untuk komuniti.

Gambar di sini

***

Kempen Internet Selamat (KIS) Bersama Sekolah Kebangsaan

TarikhMasaTempatPeserta
14 November 20258.00 – 10.00 pagiSK. Telok Kerang58 orang murid tahap 2

⌨ Ringkasan Laporan
‎NADI Kluster Pontian (Bandar Permas) telah berjaya melaksanakan Kempen Internet Selamat bersama Sekolah Kebangsaan Telok Kerang.

Sekolah terlibat :

  1. Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu
  2. Sekolah Kebangsaan Permas Kelapa
  3. Sekolah Kebangsaan Sungai Durian
  4. Sekolah Kebangsaan Penerok
  5. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chiao
  6. Sekolah Kebangsaan Telok Kerang
  7. Sekolah Kebangsaan Rambah

Pendekatan seumpama ini merupakan langkah yang dilaksanakan oleh MCMC Negeri Johor dengan bantuan NADI bagi memperluas sebaran dan hebahan Kempen Internet Selamat ini ke seluruh sekolah di negeri Johor.

‎Dengan kerjasama erat yang dijalin bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan PPD setempat diharap lebih banyak sekolah-sekolah yang akan diterokai dengan pengisian Kempen Internet Selamat.

‎🖨Hasil Program:

‎Secara keseluruhan, pelajar kini lebih peka bahawa media sosial bukan sekadar ruang hiburan, tetapi satu persekitaran yang menuntut disiplin, nilai, dan penggunaan yang berhemah. Pendedahan awal ini diharap dapat membina asas kukuh dalam membentuk generasi pengguna media digital yang bertanggungjawab dan beretika.

Gambar di sini