mcmc
Maklumat Setempat

Pertanian

tani

 

Sektor pertanian memerlukan transformasi untuk menjadi sektor komersial dan berdaya saing. Tanah yang subur di Mukim Ayer Hitam menjadi faktor utama kepada kegiatan pertanian yang diusahakan oleh penduduk kampung. Tanaman Kelapa Sawit merupakan kegiatan perladangan yang utama kawasan ini. Salah seorang penduduk yang menceburkan diri dalam bidang pertanian ini ialah En Tahir Bin Tahar yang mempunyai ladang Kelapa Sawit seluas 4 hektar. Selain telah mengeluarkan modal sendiri, beliau juga dibantu oleh Jabatan Pertanian dan Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk membeli anak benih, baja, peralatan pertanian dan juga khidmat nasihat berkaitan pengurusan ladang kelapa sawit. Urusan jualan Kelapa Sawit juga menjadi mudah dengan adanya Pusat Timbang PPK Pontian Selatan di kawasan berhampiran yang diuruselia oleh Pertubuhan Peladang.