Latar belakang
Nazrinshah Cmdiy Petshome ini dijalan kan oleh Mohd Nazrin Shah Bin Safari .Beliau adalah lepasan ijazah dan sedang bekerja sendiri. Beliau telah mengambil keputusan untuk menggunakan peluang di mana perniagaan ini masih tiada di kawasan ini dan ingin membuat satu perniagaan baru dalam komuniti. Penggunaan kayu terpakai iaitu palet membuat hasil produk yang diberikan sangat menarik dan memuaskan hati pembeli. Dengan wujudnya PI Permas ini, petugas PI banyak membantu saya dalam proses untuk membuat promosi yang lebih meluas dalam jalur lebar. Dengan bimbingan serta tunjuk ajar petugas PI segalanya menjadi lebih mudah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet, perniagaan ini agak susah mendapat pelanggan kerana pengiklanan yang tidak meluas dan tidak ramai yang tahu kerana kedudukan dan sosialiti komuniti disini kurang memberansangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas menggunakan perkhidmatan dan mengikuti kelas di Pusat Internet, perniagaan ini semakin berkembang . Dan juga dikenali ramai atas pembaharuan iklan yang telah dilakukan .
