mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN PI – Pakaian Wanita dan Kanak-kanak

Latar belakang

Puan Manja Nawie seorang suri rumah dan ekonomi keluarga ditampung sepenuhnya oleh suami beliau. Beliau telah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan online kerana baginya ia adalah satu platform yang sesuai diambil oleh suri rumah kerana tidak perlu banyak bergerak dan boleh membuat jualan hanya dirumah sahaja. Beliau telah meniagakan pakaian wanita iaitu jenis Telekung yang diperbuat dari fabric yang selesa digunakan dan meyelitkan perniagaan untuk kanak-kanak kecil. Dengan wujudnya Pusat Internet Permas ini, petugas Pusat Internet banyak membantu saya dalam proses untuk membuat promosi yang lebih meluas dalam jalur lebar. Dengan bimbingan serta tunjuk ajar petugas Pusat Internet segalanya menjadi lebih mudah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mengetahui perkhidmatan Pusat Internet, perniagaan ini agak susah mendapat pelanggan akan kerana pengiklanan yang tidak meluas dan tidak ramai yang tahu kerana kedudukan dan sosialiti komuniti disini kurang memberansangkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mengikuti kelas yand disediakan di Pusat Internet , perniagaan ini dapat menambah tempahan dari pelanggan dari dalam dan luar kawasan .