Latar belakang
Cik Syikin Ikin adalah suri rumah sepenuh masa dan sememangnya seorang peniaga dari dulu lagi. Beliau mengambil keputusan untuk menambah pendapatan dengan menjual kerepek yang pelbagai dan diniagakan sekali di gerai goreng pisang milik ibunya. Dengan wujudnya Pusat Internet Permas ini, petugas Pusat Internet banyak membantu beliau dalam proses untuk membuat promosi yang lebih meluas dalam jalur lebar. Dengan bimbingan serta tunjuk ajar petugas Pusat Internet segalanya menjadi lebih mudah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan Pusat Internet, perniagaan ini agak susah mendapat pelanggan kerana peiklanan yang tidak meluas dan tidak ramai yang tahu kerana kedudukan dan sosialiti komuniti disini kurang memberansangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah mendapat pendedahan akan cara penggunaan perkhidmatan di Pusat Internet, perniagaan dapat menarik ramai pelanggan akan kerana pembaharuan iklan yang telah dilakukan . Selain itu ramai pelanggan membuat tempahan .
