Latar belakang
Puan Jasimah Samsudin adalah suri rumah sepenuuh masa.Tetapi dalam desakan era semakin maju ini, beliau telah mencari alternative lain untuk menambahkan ekonomi keluarga supaya menjadi lebih kukuh. Oleh itu beliau telah mengambil keputusan untuk bekerja sendiri dari rumah dengan membuat perusahaan makanan kering iaitu Tempeyek Goreng.. Dengan wujudnya Pusat Internet Permas ini, petugas Pusat Internet banyak membantu saya dalam proses untuk membuat promosi yang lebih meluas dalam jalur lebar. Dengan bimbingan serta tunjuk ajar petugas Pusat Internet segalanya menjadi lebih mudah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan Pusat Internet, perniagaan ini agak susah mendapat pelanggan kerana pengiklanan yang tidak meluas dan tidak ramai yang tahu kerana kedudukan dan sosialiti komuniti disini kurang memberansangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah penggunaan Pusat Internet ini,pengiklan semakin meluas sehingga mendapat sambutan dari pelanggan luar dari kawasan dan tempahan juga semakin bertambah.
