mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN PI – Variasi Popia

 

Latar belakang

Puan Wany Mohamad adalah suri rumah sepenuh masa. Dan telah membuat keputusan untuk  meningkatkan ekonomi keluarga supaya menjadi lebih kukuh dengan membuat perniagaan ini. Oleh itu beliau telah mengambil keputusan untuk bekerja sendiri dari rumah dengan membuat perusahaan makanan basah iaitu Popia yang berbagai intinya. Dengan wujudnya Pusat Internet Permas ini, petugas Pusat Internet banyak membantu saya dalam proses untuk membuat promosi yang lebih meluas dalam jalur lebar. Dengan bimbingan serta tunjuk ajar petugas Pusat Internet segalanya menjadi lebih mudah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penggunaan perkhidmatan Pusat Internet ,perniagaan ini kurang memberangsangkan akan kekurangan tempahan. Tempahan  diterima hanya dari kenalan dan jiran tetanga .

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah penggunaan perkhidmatan Pusat Internet , perniagaan semakin berkembang selain pengiklanan produk semakin meluas sehingga ke luar kawasan Kukup . Tempahan juga turut berkembang .